Monday 13 June 2016

RESIPI 005: Mince Pie (+Pesan Chef)


Bahan-bahan:
• 225gm Mentega sejuk, dipotong dadu
• 250gm Tepung gandum
• 50gm Serbuk badam
• 50gm Susu tepung
• 100gm Gula kastor
• 280gm Mince meat – yang dibeli di Supermarket untuk inti pie
• 1biji Telur kecil
• Gula icing untuk ‘dusting’
• Secubit garam

Cara-cara:
1. Untuk membuat pastri, ayak tepung gandum, susu tepung dan serbuk badam dan garam bersama. Kemudian gentelkan mentega bersama adunan yang diayak tadi dengan menggunakan hujung jejari saja.

2. Bila sudah bercampur seperti ‘abuk roti’ yang kasar, uli seketika dan dibulatkan menjadi sebiji bola. Simpan di dalam peti sejuk selama 15-20 minit.

3. Panaskan oven ke suhu 180 darjah selsius. Sambil itu bulat–bulatkan doh tadi dan penyek dan leperkan ke dalam lubang cetak pie kecil berukuran 2 inci diameternya. Pastikan pastry sama tebal keseluruhan lantai dan dinding cetak pie.

4. Sudukan minced meat ke dalam kelongsong pie tadi kemudian ditutup dengan pastry yang selebihnya dicanai tipis menggunakan penggiling. Picit–picit sekeliling pie supaya ianya tidak terbuka bila dibakar.

5. Pukul telur dengan garfu dan beruskan telur ke atas pie menggunakan berus pastri dan bakar selama lebih kurang 20 minit.

6. Sejukkan di atas jejaring pastri (cooling rack) dan di’dust’kan dengan gula icing menggunakan penapis teh.

PESAN CHEF:
1) Bila mencampurkan mentega dan tepung, hanya gunakan hujung jari kerana tapak tangan kita suhunya jauh lebih panas dan ini akan menyebabkan mentega cair dan adunan menjadi lembab.

2) Sila pastikan kandungan ‘mince meat’ yang dibeli kerana pada lazimnya ada campuran Brandy di dalamnya.

3) Kulit oren dan lemon juga boleh dicampurkan dengan inti ‘mince meat’ untuk memberikan sentuhan ‘home-made’ dan rasa yang lebih menarik.
Sekian.

P/s: Sudi-sudikanlah mencuba dan berkongsi resipi ini dengan rakan-rakan anda. Semoga bermanfaat. Selamat mencuba!

RESIPI 004: Puding Kulit Kayu Manis (dihidang bersama aiskrim mangga) +Pesan Chef

Cubalah resepi yang paling mudah di dunia ni. hidangkan bersama kopi kampung di tepi parit sambil menangkap ikan puyu. Tu dia!!!

#throwback resipi yang pernah saya kongsikan beberapa tahun yang lalu. Selamat mencuba!

RESIPI: Puding Kulit Kayu Manis (dihidang bersama aiskrim mangga)

Bahan-bahan puding:
4 biji Telur
400ml Santan
150g Gula Melaka yang diparut atau gula merah
2 sudu teh Serbuk kulit kayu manis

Cara-cara:
1) Pukul semua bahan di dalam mangkuk mengunakan ‘whisk’ sehingga sebati. 


2) Tapis untuk mengelakkan gula yang tidak hancur. 


3) Tuangkan adunan ke dalam mangkuk nasi kecil ala-cina dan dikukus selama 30 minit dengan kepanasan air kukusan yang tidak menggelegak.

PESAN CHEF: Jika air terlalu panas tekstur pudding akan menjadi kasar.

RESIPI 003: Rendang Sheperd Pie The Canteen by Chef Adu style (+Pesan Chef)

Bahan Rendang:
500gm daging kambing (buang lebihan lemak dan dipotong dadu kecil)
3 batang serai (ketuk)
2 biji kelapa parut (ambil santan)
1 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit (hiris halus)
Sedikit garam
Sedikit gula Melaka (sagat)
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar:
13 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 cm lengkuas
1 mangkuk kecil cili boh

Bahan Kentang Putar:
500 gm kentang (rebus dan lenyek)
50 gm mentega
100 ml krim
Sedikit garam dan lada sulah

Cara-cara:
1) Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masak.

2) Masukkan santan, daging dan serai. Dikacau selalu supaya tidak hangit di atas api sederhana selama 1 jam.

3) Kemudian masukkan kerisik dan masak lagi sehingga empuk. Pastikan dikacau selalu.

4) Apabila daging sudah empuk, masukkan garam, gula Melaka dan daun kunyit. Kacau sebati dan reneh seketika. Matikan api dan sejukkan sedikit.

5) Masukkan rendang ke dalam mangkuk pie tahan ketuhar dan ratakan menggunakan belakang sudu. Ketepikan.

6) KENTANG PUTAR: Satukan kesemua bahan kentang putar, kacau sehingga sebati di atas api sederhana. Sejukkan.

7) Masukkan kentang putar ke dalam 'piping bag' dan paip keluar kentang putar di atas rendang sehingga menutupi seluruh permukaan rendang.

8) Akhir sekali, bakar dalam ketuhar pada suhu 180 Celcius sehingga kentang keperangan. Setelah masak bolehlah hidangkan.

PESAN CHEF: Sheperd Pie merupakan hidangan Inggeris yang popular. Ianya dipanggil 'Sheperd' jika menggunakan daging kambing. Jika daging lembu, ia dipanggil 'Cottage' pie.

Kredit imej: Majalah SAJI keluaran Mei 2016 (Bil. 246).

Sunday 12 June 2016

RESIPI 002: Papaya dengan Sos Markisa, Kasturi dan Gula Melaka

Atas permintaan ramai, dipaparkan resipi ni semula. Resipinya ringkas, mudah tetapi lazat dan semestinya menyihatkan. 

Selamat mencuba! 

-Chef Adu-

Bahan-bahan:
1 biji betik ranum saiz kecil (kupas, buang biji dan dipotong kecil)
5 biji limau kasturi (diambil jusnya)
3 biji markisa (diambil isi dan jusnya)
2 helai daun limau purut (dihiris halus)
1/2 buku gula Melaka (disagat dan dimasak dengan sedikit air sehingga larut dan pekat)

Cara-cara:
1) Campurkan isi markisa dan jus limau kasturi.

2) Tuangkan ke dalam pinggan.

3) Aturkan betik di atasnya.

4) Curahkan air gula di atas hidangan secara rambang.

5) taburkan hirisan daun limau purut dan hidangkan.

Semoga bermanfaat

Saturday 11 June 2016

RESIPI 001: Acar Belimbing Besi

Mudah. Jimat masa. Jimat wang. 

Penat bekerja seharian, tak tahu nak masak apa? Idea simple untuk berbuka (atau di pagi raya nanti). Selamat mencuba!

Bahan-bahan:
5 biji belimbing hijau - potong nipis
3 tangkai daun bawang - ambil bawangnya dan dihiris nipis, daunnya dikerat pendek-pendek
2 tangkai cili merah
2 cawan cuka putih
1 cawan gula pasir
secubit garam


Cara-cara:
1. Masak cuka dan gula di dalam periuk sehingga gula larut dan campuran ini likat (tetapi tidak pekat kerana akan jadi terlalu manis). Masukkan cili merah dan sejukkan.


2. Gaulkan belimbing di dalam campuran yang dimasak tadi dan perap seketika.


3. Sejurus sebelum dihidangkan, gaulkan bersama daun bawang dan hidangkan.

Silakan kongsi dengan kawan-kawan eh. Semoga bermanfaat dan mendapat keberkatan menyediakan juadah untuk ahli keluarga dan rakan-rakan di bulan yang mulia.

‪#‎airtangan‬ ‪#‎chefaduamran‬ ‪#‎resipi‬ ‪#‎mudah‬ ‪#‎jimatmasa‬ ‪#‎jimatwang‬ ‪#‎yarazzaq‬